Money+, satu skrin pada satu masa.
Duit dalam ShopeePay boleh buat duit sendiri setiap hari. Laman ni tunjuk cara buka Money+, top up, withdraw dan baca pulangan guna skrin sebenar dari akaun Shopee daus. Nombor kuning tunjuk apa nak tekan, ikut turutan.
- Kadar 30 hari dana
- 3.61%
- Bonus atas RM10k pertama
- +2%
- Had baki Money+
- RM20,000
Korang datang sini sebab…
Jangan baca je. Tekan sendiri.
Simulator guna skrin Shopee sebenar. Daus bagi arahan, korang tekan. Betul jadi hijau, salah daus tunjuk. Hujung dapat bintang, boleh cabar kawan di WhatsApp. Tiada duit bergerak, tiada akaun diperlukan.
Tengok 6 simulator ›Cara baca setiap screenshot
- 1Bulatan kuning bernombor = tekan
Ikut nombor. Kotak kuning mengelilingi butang tanpa menutupnya, jadi korang nampak jelas apa tertulis.
- ABulatan teal berhuruf = tengok
Maklumat penting yang korang perlu baca, bukan tekan.
- Kawasan gelap = abaikan dulu
Bahagian lain dimalapkan supaya mata terus ke tempat yang betul. Dalam app sebenar semua terang.
- 🔍Tekan gambar untuk besarkan
Tulisan kecil? Tekan telefon, dia buka skrin penuh.
Peta tutorial
Tekan mana-mana stesen untuk buka tutorial dengan screenshot
Kenal Money+, cari dalam app, faham baki
Top up, withdraw, bayar guna Money+, sejarah transaksi
Kadar 30 hari, bonus, dana, yuran dan NAV
Bila tersangkut: FAQ rasmi, cooling-off, hubungi ShopeePay
Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.


