Soalan yang orang selalu tanya
Jawapan ni dari skrin dan FAQ rasmi dalam app, disemak 26 Sep 2026.
Money+ ni apa sebenarnya?
Money+ ialah ciri dalam ShopeePay. Baki Money+ dilaburkan ke dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, iaitu dana pasaran wang patuh Syariah. Dana tu diurus Eastspring Investments Berhad dan diedar oleh iFAST Capital Sdn Bhd. Sebab tu setiap hari ada pulangan kecil masuk.
Tutorial: Apa itu Money+ βMoney+ selamat ke? Dilindungi PIDM?
Money+ bukan deposit bank dan bukan e-money, jadi TIDAK dilindungi PIDM dan modal tak dijamin. Tapi ShopeePay Malaysia dan iFAST Capital dikawal Suruhanjaya Sekuriti (SC), dan Eastspring pun entiti yang dikawal SC. Dana pasaran wang biasanya risiko rendah, cuma bukan sifar.
Tutorial: Apa itu Money+ βHalal ke?
Dana di bawah Money+ (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund) patuh Syariah. Dana tu tak bayar zakat bagi pihak korang, jadi pemegang unit Muslim kena kira dan bayar zakat sendiri.
Tutorial: Dana & yuran βSiapa layak buka Money+?
Warganegara Malaysia umur 18 tahun ke atas, akaun ShopeePay dah lulus eKYC (status Activated), dan tiada kaitan dengan Amerika Syarikat (bukan warganegara atau penduduk cukai US). Warga asing yang tinggal di Malaysia tak layak.
Tutorial: Cara buka Money+ βMinimum dan maksimum berapa?
Top up minimum RM10 setiap kali. Baki Money+ maksimum RM20,000. Kalau baki lebih dari had tu, lebihan tu dikeluarkan sendiri setiap hari ke baki eWallet ShopeePay. Withdraw minimum RM10.
Tutorial: Cara top up βBonus 5% tu macam mana kiranya?
Banner dalam app tulis pulangan sehingga 5% setahun atas RM10,000 pertama, tertakluk syarat termasuk pegangan minimum RM200 (Kempen Bonus September 2026). Bonus tu dibayar ShopeePay sebagai top up sementara, bukan dari dana. Dalam akaun daus, bonus masuk RM0.54 sehari atas baki RM10,080, lebih kurang 2% setahun, di atas pulangan dana. Kempen ada tempoh, jadi semak banner dalam app.
Tutorial: Kadar & bonus βWithdraw ambil masa berapa lama?
Ke baki ShopeePay: serta-merta. Ke akaun bank: kalau hantar sebelum 2 petang hari bekerja, biasanya masuk dalam 1 hari bekerja (T+1). Selepas 2 petang, dikira hari bekerja berikutnya dan biasanya masuk dalam 2 hari bekerja (T+2). Skrin withdraw sendiri tulis "Within 3 working days".
Tutorial: Cara withdraw βAda caj ke?
Tiada caj top up dan tiada caj withdraw. Yuran pengurusan dan pemegang amanah dah ditolak dalam harga dana (NAV), jadi kadar yang korang nampak tu dah bersih. Skrin Transaction Rules tulis yuran pengurusan sehingga 0.25% setahun, manakala FAQ Top Up tulis sehingga 0.40%.
Tutorial: Dana & yuran βHujung minggu dapat pulangan tak?
Dapat. Pulangan dikira setiap hari termasuk hujung minggu dan cuti umum, tapi hanya diproses pada hari bekerja. Jadi pulangan Sabtu dan Ahad masuk sekali pada hari bekerja seterusnya.
Tutorial: Kadar & bonus βKenapa pulangan harian aku RM0?
Dua sebab biasa: baki Money+ kecil, atau harga dana (NAV) dibundarkan ke 4 titik perpuluhan. Kalau pergerakan NAV hari tu kurang dari RM0.0001, pulangan nampak RM0 walaupun duit tetap bertambah.
Tutorial: Kadar & bonus βBila bayar di Shopee, duit Money+ terusik ke?
Ya, kalau baki eWallet biasa tak cukup. App guna baki eWallet dulu. Kalau kurang, Money+ tebus jumlah yang cukup-cukup serta-merta untuk habiskan bayaran. Jadi Money+ boleh terus jadi duit belanja.
Tutorial: Bayar guna Money+ βApa itu cooling-off?
Pelabur kali pertama dana Eastspring melalui ShopeePay boleh minta pulangan penuh top up pertama dalam 6 hari bekerja. Hak ni hilang kalau korang withdraw atau top up lagi dalam tempoh tu.
Tutorial: FAQ rasmi βMacam mana nak hubungi ShopeePay?
App Shopee: tab Me β Help Center β scroll ke bawah β Chat atau Internet Call. App ShopeePay: tab Me β Help Centre β Chat. Tiada nombor telefon awam khusus untuk Money+.
Tutorial: Hubungi support β