Dana, yuran, had dan masa proses Money+
Semua maklumat teknikal Money+ ada dalam satu tempat dalam app: Fund Details, kemudian Fund Information. Ada tiga tab: Fund Profile, Historical Performance dan Transaction Rules. Daus tunjuk apa yang penting dalam setiap tab.
- Pengurus dana
- Eastspring Investments Berhad
- Caj top up / withdraw
- Tiada
- Yuran pengurusan
- Sehingga 0.25% p.a. (dalam NAV)
- Yuran pemegang amanah
- Sehingga 0.03% p.a.
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 5
Tekan "Fund Information"
Dari halaman Money+, tekan kadar 30 hari untuk buka Fund Details, kemudian tekan Fund Information.
- Tekan "Fund Information"
- Langkah 2 / 5
Fund Profile: objektif, pengurus dan dokumen
Objektif dana: bagi pelabur kecairan (duit senang dikeluarkan) dan pulangan. Pengurusnya Eastspring Investments Berhad. Bawah dia ada Prospectus, Product Highlights Sheet dan Factsheet kalau korang nak baca penuh.
- Objektif dana
- Pengurus dana
- Dokumen rasmi
- Tekan tab "Transaction Rules"
- Langkah 3 / 5
Transaction Rules: yuran dan had
Top up dan withdraw tiada caj. Yuran pengurusan sehingga 0.25% setahun dan yuran pemegang amanah sehingga 0.03% setahun, kedua-duanya dah ditolak dalam harga dana setiap hari. Minimum top up RM10, minimum withdraw RM10, dan tiada pegangan minimum.
- Yuran
- Minimum top up dan withdraw
FAQ Top Up dalam app pula tulis yuran pengurusan sehingga 0.40% setahun. Dua-dua angka tu "sehingga", dan kadar 30 hari yang korang nampak dah bersih selepas yuran.
- Langkah 4 / 5
Masa proses: potong 2 petang
Setiap transaksi diproses pengurus dana pada hari dagangan (T). Hantar sebelum 2 petang, hari dagangan ialah hari tu. Lepas 2 petang, dikira hari esok. Withdraw ke ShopeePay serta-merta, manakala ke bank dianggar T+1 dan bergantung pada bank.
- Top up: pulangan mula hari T
- Withdraw ke wallet: serta-merta
- Withdraw ke bank: dianggar T+1
- Langkah 5 / 5
Historical Performance: harga NAV setiap hari
Tab ni tunjuk harga seunit dana (NAV) setiap hari dagangan. Perhatikan dia naik sikit-sikit hampir setiap hari, dari RM1.0288 pada 11 Sep ke RM1.0302 pada 25 Sep 2026. Kenaikan kecil inilah yang jadi pulangan harian korang.
- NAV naik sikit setiap hari
Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.