Berapa duit korang boleh buat dalam Money+?
Masukkan jumlah. Kalkulator guna kadar 30 hari dana yang daus nampak dalam app (3.61% p.a. pada 25 Sep 2026) dan bonus kempen 2% atas RM10,000 pertama. Korang boleh tukar kadar kalau app tunjuk angka lain hari ni.
RM
Anggaran sehariRM0.00
- Sebulan (30 hari)
- Setahun
- Dari dana
- Dari bonus
Kadar berkesan: setahun atas jumlah ni.
Macam mana dia kira
- Pulangan dana = jumlah × kadar dana ÷ 365, setiap hari. Kadar ni purata 30 hari lepas yang dah ditolak yuran, dan dia berubah setiap hari.
- Bonus kempen = 2% setahun atas RM10,000 pertama sahaja, dengan pegangan minimum RM200. Bonus ni dibayar ShopeePay untuk tempoh kempen (September 2026). Lepas kempen tamat, hanya pulangan dana yang tinggal.
- Had baki Money+ ialah RM20,000. Lebih dari tu, lebihan dipindah sendiri ke baki eWallet setiap hari dan tak dapat pulangan.
- Semakan dengan akaun daus: baki RM10,080 dapat bonus RM0.54 sehari dan pulangan dana lebih kurang RM0.98 sehari. Tengok screenshot.
Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.