Belajar Money+oleh DausDK
ITEM MP-02 · RAK MULA · 2/2

Cara cari dan aktifkan Money+ dalam app Shopee

Money+ ada dalam app Shopee dan juga app ShopeePay. Tutorial ni guna app Shopee sebab kebanyakan orang dah ada app tu. Ada dua jalan masuk: melalui ShopeePay di bahagian My Wallet, atau terus dari kad Money+ di bahagian Financial Services.

Sebelum boleh aktifkan Money+, akaun ShopeePay korang kena lulus eKYC dulu (sahkan IC dan muka). Syarat lain: warganegara Malaysia, umur 18 tahun ke atas, dan bukan warganegara atau penduduk cukai Amerika Syarikat.

±3 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

App
Shopee atau ShopeePay
Syarat
Warganegara, 18+, eKYC Activated
Warga asing
Tak layak
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 4 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 12
    Langkah 1 / 5

    Tekan tab "Me", kemudian "ShopeePay"

    Buka app Shopee dan tekan tab Me di bawah kanan. Bawah tajuk My Wallet, tekan ShopeePay.

    • Tekan tab "Me"
    • Tekan "ShopeePay"
  2. 1
    Langkah 2 / 5

    Tekan kad Money+

    Halaman ShopeePay terbuka. Scroll sikit dan tekan kad Money+ di bawah kanan. Kalau korang belum aktifkan, kad ni bawa ke halaman pengenalan Money+.

    • Tekan kad "Money+"
  3. 1
    Langkah 3 / 5

    Jalan pintas: terus dari Financial Services

    Cara kedua lagi cepat. Dalam tab Me, scroll ke bawah sampai jumpa Financial Services. Ada kad Money+ yang tulis "Up to 5% p.a. return". Tekan kad tu, terus masuk halaman Money+.

    • Tekan kad "Money+" di Financial Services
  4. AB
    Langkah 4 / 5

    Kali pertama: tekan "Start Now" untuk aktifkan

    Akaun daus dah lama aktif, jadi daus tunjuk langkah rasmi dari FAQ Money+ dalam app. Kali pertama korang tekan kad Money+, keluar halaman pengenalan. Baca maklumat tu, tekan Start Now, dan setuju terma ShopeePay serta iFAST. Lepas tu akaun Money+ terus aktif.

    • Syarat: akaun ShopeePay dengan PIN 6 digit dan eKYC siap
    • 4 langkah rasmi: kad Money+ → baca → Start Now → aktif

    Masa aktifkan, korang akan jawab soalan profil macam pekerjaan dan sumber pendapatan. Ni keperluan iFAST sebagai pengedar dana, bukan tanda apa-apa yang pelik.

  5. AB
    Langkah 5 / 5

    Dah sampai: halaman Money+

    Bila nampak skrin macam ni, Money+ korang dah aktif. Dua butang yang paling selalu korang guna ialah Withdraw dan Top Up.

    • "Withdraw" untuk keluarkan duit
    • "Top Up" untuk masukkan duit

Dapat "not eligible" masa cuba aktifkan? Biasanya sebab eKYC belum lulus. Semak status akaun ShopeePay dulu, dan kalau masih tak boleh, chat ShopeePay melalui Help Center.

Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada ShopeePay? Kod HJBSXCC7S
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar