Cara hubungi ShopeePay bila Money+ bermasalah
Untuk masalah Money+ macam tak boleh top up, PIN 6 digit, transaksi gagal atau withdraw ke bank tak sampai, FAQ rasmi suruh hubungi ShopeePay Customer Service melalui chat dalam app. Tiada nombor telefon awam khusus untuk Money+.
Sebelum chat, sediakan Transaction ID dan screenshot. CS boleh semak lagi cepat bila maklumat lengkap dari mula.
- App Shopee
- Me โ Help Center โ bawah โ Chat
- App ShopeePay
- Me โ Help Centre โ Chat
- Waktu
- Chat Shopee 24 jam
1 = tekan ikut nombor ยท A = tengok bahagian ni ยท kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Tab Me โ Help Center
Dalam app Shopee, buka tab Me dan scroll ke bawah sampai bahagian Support. Tekan Help Center.
- Tekan "Help Center"
- Langkah 2 / 4
Cuba AI Assistant dulu untuk soalan mudah
Help Center ada kotak Ask AI Assistant di atas. Untuk soalan umum, taip terus di situ. Untuk masalah akaun atau transaksi, scroll ke bawah sekali.
- Ask AI Assistant
- Langkah 3 / 4
Bahagian "Do You Have Any Other Questions?"
Paling bawah ada pilihan untuk bercakap dengan CS. Akaun daus ialah VIP, jadi dia keluar sebagai Premium Customer Service. Akaun biasa nampak pilihan Chat atau Internet Call di tempat yang sama.
- Tekan pilihan chat
- Langkah 4 / 4
Pilih bahasa dan terangkan masalah
Chat dibuka dengan pembantu maya dulu. Pilih Bahasa Malaysia atau English, kemudian terangkan masalah Money+ korang dan minta sambung ke ejen kalau perlu. Guna templat di bawah supaya tak tertinggal apa-apa.
- Pilih "Bahasa Malaysia"
Senarai semak sebelum hubungi Money+
Hi ShopeePay, Saya nak tanya pasal Money+. Masalah: [contoh: withdraw RM500 ke Maybank pada 1 Okt 2026, 11:20 pagi, belum masuk]. Transaction ID: [salin dari Withdrawal Details]. Status dalam app: [contoh: "Transaction Confirmed", tapi bank belum terima]. Yang saya dah cuba: [contoh: tunggu 2 hari bekerja, semak bank]. Saya lampirkan screenshot. Terima kasih.
Saluran ini dari FAQ Money+ dalam app Shopee, disemak 26 Sep 2026. ShopeePay tak akan minta PIN 6 digit atau OTP korang melalui panggilan, SMS atau WhatsApp. Kalau ada "wakil Shopee" minta PIN, itu scam.
Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.