Belajar Money+oleh DausDK
ITEM MP-06 · RAK DUIT · 4/4

Cara semak sejarah transaksi dan pulangan Money+

Sejarah Money+ ada dua tab: Returns untuk pulangan harian dan bonus, dan All Transactions untuk top up dan withdraw. Transaction ID dalam butiran transaksi penting kalau korang nak buat aduan.

±3 minit · 5 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 5 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1
    Langkah 1 / 5

    Tekan "Total Returns"

    Dari halaman Money+, tekan jumlah pulangan terkumpul di sebelah kanan (atau anak panah sebelah baki).

    • Tekan "Total Returns"
  2. 1AB
    Langkah 2 / 5

    Tab Returns: pulangan dan bonus setiap hari

    Setiap hari ada dua baris. Daily Returns ialah pulangan dari dana. Bonus ialah top up tambahan dari ShopeePay semasa kempen. Pada baki lebih kurang RM10,000, daus dapat RM0.98 sehari dari dana dan RM0.54 sehari bonus.

    • Tab "Returns"
    • Bonus dari ShopeePay
    • Pulangan harian dana
  3. 1A2
    Langkah 3 / 5

    Tab All Transactions: tapis top up atau withdraw

    Tekan All Transactions. Senarai top up dan withdraw keluar, dan korang boleh tapis ikut jenis.

    • Tekan "All Transactions"
    • Pilih jenis: semua, Top Up atau Withdrawal
    • Tekan "Confirm"
  4. 1
    Langkah 4 / 5

    Tekan mana-mana transaksi

    Setiap baris tunjuk jenis, tarikh, masa dan jumlah. Tekan satu transaksi untuk tengok butiran.

    • Tekan transaksi
  5. AB
    Langkah 5 / 5

    Butiran: status, tarikh dan Transaction ID

    Application Status tunjuk bila transaksi dihantar dan bila pulangan mula dikira. Bawah dia ada cara bayar dan Transaction ID. Salin ID ni kalau korang nak chat dengan ShopeePay.

    • Status: dihantar → mula dapat pulangan
    • Transaction ID (tekan ikon untuk salin)

Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada ShopeePay? Kod HJBSXCC7S
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar