Belajar Money+oleh DausDK
ITEM MP-03 · RAK DUIT · 1/4

Cara top up Money+ dari ShopeePay atau online banking

Ada dua cara masukkan duit ke Money+: guna baki ShopeePay yang boleh ditransfer, atau terus dari bank melalui online banking (FPX). Minimum RM10 setiap kali, dan korang boleh top up seberapa kerap yang korang nak.

Satu benda yang ramai tak perasan: baki Money+ ada had RM20,000. Skrin top up sendiri kira berapa lagi ruang yang tinggal untuk korang.

±3 minit · 6 langkah · screenshot sebenar dari akaun daus, 26 Sep 2026

Minimum
RM10 setiap kali
Had baki
RM20,000
Caj top up
Tiada
Potong masa
2 petang hari bekerja
Nak cuba tekan sendiri dulu?Simulator 8 tekanan guna skrin sebenar. Salah takpe.

1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu

  1. 1
    Langkah 1 / 6

    Tekan "Top Up"

    Dari halaman Money+, tekan butang oren Top Up.

    • Tekan "Top Up"
  2. 1AB
    Langkah 2 / 6

    Masukkan jumlah, dan baca had yang tinggal

    Taip jumlah dalam kotak, atau tekan salah satu butang cepat (10, 50, 100, 500). Baca ayat kecil bawah kotak: "Max top up" tu ialah berapa lagi korang boleh masukkan sebelum baki sampai RM20,000. Akaun daus ada RM10,080.69, jadi ruang yang tinggal RM9,919.31.

    • Taip jumlah (minimum RM10)
    • Had top up yang tinggal, dan tarikh pulangan mula masuk
    • Atau tekan jumlah cepat

    Top up sebelum 2 petang pada hari bekerja, pulangan mula dikira hari tu juga. Lepas 2 petang, dikira hari bekerja seterusnya. Skrin ni sendiri bagitau tarikh pulangan mula masuk.

  3. 1
    Langkah 3 / 6

    Pilih cara bayar

    Tekan Payment Option untuk tukar sumber duit. Secara asal, app guna baki ShopeePay.

    • Tekan "Payment Option"
  4. 12
    Langkah 4 / 6

    Baki ShopeePay, atau online banking

    Ada dua pilihan. ShopeePay Balance guna duit yang dah ada dalam wallet. Online Banking pula tarik terus dari akaun bank korang melalui FPX.

    • Guna baki ShopeePay
    • Atau buka senarai Online Banking

    Hanya baki yang boleh ditransfer (dari online banking, DuitNow atau kad debit) boleh masuk Money+. Duit yang korang top up guna kad kredit, dan baki cashback, tak boleh dipindah ke Money+.

  5. 12
    Langkah 5 / 6

    Pilih bank korang, kemudian "Confirm"

    Senarai bank FPX keluar: Maybank2u, CIMB Clicks, Public Bank, RHB, AmBank, BSN, Bank Rakyat, UOB, Affin, Bank Islam, HSBC dan lain-lain. Pilih bank, tekan Confirm, dan korang akan dibawa ke laman bank untuk sahkan bayaran.

    • Pilih bank (contoh Maybank2u)
    • Tekan "Confirm"
  6. A1
    Langkah 6 / 6

    Tekan "Top Up" untuk hantar

    Balik ke skrin Top Up, semak jumlah dan cara bayar, kemudian tekan butang Top Up di bawah. Dengan tekan butang tu, korang setuju dengan terma ShopeePay, terma iFAST, prospektus dan helaian maklumat produk dana.

    • Terma yang korang setuju
    • Tekan "Top Up"

    Kalau top up guna baki ShopeePay, akan diminta PIN 6 digit ShopeePay. Kalau guna online banking, korang log masuk bank dan sahkan dengan TAC atau app bank.

Lepas top up, transaksi keluar dalam sejarah sebagai "Top Up". Status "Transaction Submitted" berubah jadi "Check Returns" bila unit dana dah dibeli, biasanya hari bekerja yang sama kalau sebelum 2 petang.

Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.

Belum ada ShopeePay? Kod HJBSXCC7S
Daus dapat komisen, korang tak rugi apa
Daftar