FAQ rasmi Money+ dalam app, dan hak cooling-off 6 hari
Sebelum chat dengan CS, cuba baca FAQ rasmi dulu. Money+ ada 7 artikel dalam Help Center, dan butang untuk buka semua tu ada terus dalam halaman Money+.
1 = tekan ikut nombor · A = tengok bahagian ni · kawasan gelap = abaikan dulu
- Langkah 1 / 4
Tekan tanda soal di atas kanan
Dalam halaman Money+, tekan ikon tanda soal di sebelah kanan atas.
- Tekan "?"
- Langkah 2 / 4
7 artikel FAQ Money+
Senarai artikel keluar: umum, top up, cooling-off, withdraw, sejarah transaksi, keselamatan dan pulangan. Ada pilihan Bahasa Malaysia di atas.
- Tukar ke Bahasa Malaysia
- Tekan mana-mana artikel
- Langkah 3 / 4
Siapa layak guna Money+
Artikel umum senaraikan syarat: warganegara Malaysia, umur 18 tahun ke atas, akaun ShopeePay dah lengkap pengesahan identiti (eKYC) dengan status Activated, dan tiada kaitan dengan Amerika Syarikat. Warga asing yang tinggal di Malaysia tak layak.
- Syarat layak
- Langkah 4 / 4
Cooling-off: 6 hari bekerja untuk ubah fikiran
Kalau ni kali pertama korang labur dalam dana Eastspring melalui ShopeePay, korang ada hak cooling-off. Maksudnya, dalam 6 hari bekerja selepas top up pertama berjaya, korang boleh minta pulangan penuh jumlah top up pertama tu.
- 6 hari bekerja dari top up pertama
- Hak ni hilang kalau withdraw atau top up lagi
Hak cooling-off tamat kalau korang buat withdraw atau top up tambahan dalam tempoh 6 hari tu, dan dia hanya untuk top up pertama.
Money+ ialah pelaburan dalam dana pasaran wang Islamik, bukan simpanan bank. Pulangan tak dijamin, boleh berubah setiap hari, dan tidak dilindungi PIDM. Ini perkongsian pengalaman daus, bukan nasihat kewangan.